3 Cara Pemilihan Warna Terbaik Di Hari Bahagia. – Rimbun Serai

3 Cara Pemilihan Warna Terbaik Di Hari Bahagia.

Majlis perkahwinan tidak lengkap tanpa pemilihan warna yang seragam. Tak kisahlah dari segi warna khemah, warna pelamin, warna dulang hantaran, warna baju pengantin,bahkan warna baju ahli keluarga ketika majlis pun mesti sedondon. Betul tak? Warna ni adalah elemen penting dalam membangkitkan suasana yang mempengaruhi mood ketika majlis. Tahu tak yang sebenarnya warna mencerminkan personaliti serta identiti si pemakai. Kuasa warna ini dapat menghantar mesej si pemakai kepada para tetamu tanpa komunikasi lisan. Wow, macam mana tu? Sebagai contoh, tetamu akan mengenal ahli keluarga pengantin melalui warna baju yang seragam dan sedondon tanpa bertanya secara bersemuka. Inilah yang dipanggil komunikasi visual.

         

1. KENAL PASTI TEMA UNTUK MENENTUKAN WARNA

Pemilihan warna juga berkait rapat dengan tema yang dibawa ketika majlis. Pokoknya, warna dengan konsep majlis harus selari supaya tema majlis yang dibawa itu sampai kepada tetamu. Misalnya kalau majlis bertemakan musim luruh. Sudah tentu warna-warna panas seperti kuning, oren dan merah  menghiasi majlis. Baru sesuai dengan mood musim luruh.  keseragaman warna juga akan menyerikan lagi majlis dan terlihat formal serta eklusif. Warna yang seragam ini tidak semestinya memerlukan warna yang sama. Tone warna sudah memadai untuk majlis terlihat menarik dan eksklusif.   
     

2. WARNA SESUAI DENGAN WARNA KULIT

Jangan ambil mudah dalam pemilihan warna baju untuk dipakai ketika majlis. Mungkin terlihat cantik warna baju di badan orang lain, namun bukan di badan kita. Warna yang serasi dengan warna kulit ini akan menaikkan seri pengantin. Jika anda berkesempatan bertemu dengan perunding imej, mereka akan memberikan cadangan warna yang sesuai mengikut jenis kulit. Warna kulit manusia sangat unik, pasti akan ada warna yang sesuai dan menaikkan seri wajah. Hal ini akan memberi semangat dan aura yang positif kepada pengantin ketika majlis berlansung. Tapi tak perlu khuatir jika tak berjumpa dengan perunding imej kerana banyak tip-tip yang dikongsikan di media sosial tentang mencari keserasian warna baju dengan jenis kulit kita.

          

3. WARNA YANG MENAIKKAN ‘MOOD’ 

Dalam konteks warna ini, pemilihan warna yang terbaik akan memberi aura positif kepada tetamu yang hadir. Cadangan warna-warna ceria seperti warna pastel akan membangkitkan suasana tenang dan harmoni. Tapi tak semestinya warna gelap tidak membangkitkan suasana tenang, ceria atau harmoni. Warna ini bergantung juga kepada konsep tema yang diketengahkan. Misalnya jika kita memilih tema rustik, sudah pastinya warna-warna tanah, daun kering dengan baju yang gelap akan bermain di minda. Bila pemilihan warna bertepatan dengan tema, ia akan membangkitkan mood dalam majlis. Mood akan sampai kepada tetamu dengan rasa keterujaan. Elemen yang berkaitan perasaan dan emosi ini akan dikenang walaupun majlis sudah berakhir. Bukan sahaja indah buat pasangan mempelai tetapi juga momen yang bermakna buat tetamu yang hadir sampai bila-bila.

Tuntasnya, kuasa warna ini akan membantu kita dalam mewujudkan momen berharga kepada semua yang terlibat tidak kira pengantin, ahli keluarga bahkan tetamu yang hadir. Momen indah yang terpotret di dalam gambar akan dikenang hingga ke anak cucu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

 

Hai! Saya Embun

Klik icon Dibawah untuk Chat dengan Embun

× Apa Saya Boleh Bantu?